MUFFIN OREN DAN STRAWBERRY
Bahan yang digunakan:
- 500gm tepung gandum
- 160gm gula pasir
- 2 sudu teh serbuk penaik
- 1/2 sudu teh garam
- 1 biji parutan kulit oren
- 60ml jus oren
- 125gm mentega yang dicairkan
- 125ml susu segar penuh krim
- 2 biji telur saiz B
- 125gm strawberi yang telah dihiris kecil-kecil
Cara membuatnya:
- Panaskan oven pada suhu 150⁰C menggunakan api atas bawah. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk, satukan tepung, gula pasir, serbuk penaik, garam, parutan kulit oren dan gaul sebati menggunakan dawai pengacau. Kemudian masukkan jus oren, mentega, susu segar penuh krim dan telur. Kacau sehingga adunan sebati.
- Akhir sekali masukkan strawberi tinggalkan sedikit untuk dihiaskan di atas adunan tepung.
- Sendukkan adunan tepung ke dalam cawan kertas yang telah disusun di dalam loyang pembakar kemudian hias di atas tepung itu dengan lebihan strawberi. Bakar muffin sehingga masak selama 30 minit atau bergantung kepada ketuhar masing-masing.
- Untuk lebih menarik, boleh letakkan aising buttercream di atasnya.
0 comments:
Post a Comment