Monday, 2 October 2017

Image result for puding jagung

Assalamualaikum semua. Ini adalah menu yang ketiga iaitu menu dessert yang terakhir yang akan saya kongsi pada hari ini. Saya harap dapat memberi manfaat ya. Sila komen dan follow ya. selamat mencuba.. 

Bahan-Bahan:
  • 1 tin jagung manis
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan santan
  • 1 tin susu sejat
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 tin air - guna tin susu sejat tadi
  • pewarna kuning - opsyenal
Cara Membuat Puding Jagung Kastard
#1: masukan gula dan tepung kastard di dalam kuali kemudian kacau rata. Kemudian masukkan susu sejat (susu cair) dan 1 tin jagung manis ke dalam campuran tadi. bila nak berlemak boleh masukan 1 cawan santan dan bila anda ingin jagung nampak halus boleh di blender terlebih dahulu.

#2: Selepas tu masukkan garam secukup rasa kemudian masukan air ke dalam campuran tadi dan bila semua bahan nampak tak berketul boleh letakan di atas dapur.

#3: nyalakan api tapi ingat gunakan api yang sangat minimum dan kacau sebentar agar adunan tidak berketul-ketul.
Resepi Puding Jagung Kastard

#4: bila ingin warna yang lebih cantik kita boleh masukkan sedikit pewarna kuning.

#5: kacau sampai nampak berkilat dan pekat. warna berkilat itu yang paling cantik kemudian angkat dan tuangkan dalam loyang.

#6: biarkan seketika sampai sejuk di dalam loyang dan bila dah sejuk baru masukan dalam peti sejuk. Mmmmm Sedaappp bila dimakan sejuk-sejuk.
Resepi Puding Jagung Kastard

0 comments:

Post a Comment

 

Belajar Membuat Dessert Template by Ipietoon Cute Blog Design