Monday, 9 October 2017

Macaron




Image result for macaron

MACARON 

Bahan yang diperlukan: 
  • 80g putih telur – suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
  • 65g gula castor
  • 80g serbuk almond
  • 140g gula icing
  • pewarna
Cara membuatnya: 
  • Kita sediakan dulang pembakar terlebih dahulu. Alas dulang pembakar dengan kertas minyak.
  • Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu sebanyak 3 cm.
  • Terbalikkan kertas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan.
  • Yang paling mudah kalau kita guna baking paper lebih mudah untuk tanggalkan macaroon tu.
  • Kalau guna kertas minyak, bila macaroon dah masak nanti lepas keluar oven terus pancit dgn air belakang kertas minyak.
  • Biar sekejap nanti macaroon tu mudah tanggal.
Langkah 1
  • Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan.
Langkah 2
  • Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang dengan menggunakan mixer dan berkelajuan maksimum.
  • Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar sehingga adunan kental dan bertanduk (anggaran dalam 10 minit).
  • Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental).
  • Tapi jangan terlebih pukul ye!
  • Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yang dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur.
  • Sebatikan hingga rata dengan cara kaup balik menggunakan spatula aje.
  • Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dengan kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
  • Kemudian letakkan pewarna.
  • Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannya sedikit.
Langkah 3
  • Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.
Langkah 4
  • Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.
  • Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar
  • Rehatkan macrons lebih kurang 30 – 45 mint. Pastikan macaron benar-benar kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.
  • Panaskan oven 150C -k ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.
  • Letakkan tray di bahagian tengah dalam oven. Bakar selama 15 – 20 minit.
  • Setelah masak, letakkan macroons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk.

2 comments:

 

Belajar Membuat Dessert Template by Ipietoon Cute Blog Design