Monday, 9 October 2017

MUFFIN CHOCOLATE

Image result for muffin coklat
MUFFIN CHOCOLATE 

Bahan-bahan : 

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sk baking powder
2 sk soda bikarbonate
3 sk nescafe
sedikit garam

Bahan B
2 cawan gula kastor (guna 1 3/4 cwn je)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur

Bahan C
3/4 cawan air panas

Cara-cara

1.  Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.

2. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan                     campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.

3. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.

4. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul           rata.

5. Ceduk ke dalam muffin cup sehingga 2/3 penuh sahaja dan bakar pada suhu       175 C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak. 

6. Saya bakar selama 25 minit. Untuk mengekalkan kelembaban, hanya bakar         secukup masak saja.
  
7. Bolehlah dihidangkan. Kebiasaannya kek atau muffin coklat lebih sedap                 selepas di simpan semalaman. 



Cara cara freeze muffin
Sejukkan muffin. Bungkus dalam aluminium foil atau freezer bag. Labelkan resepi dan tarikh. Kalau menggunakan freezer bag, keluarkan semua udara sebelum bag di seal. Simpan muffin di dalam freezer sehingga 3 bulan.

Untuk menggunakan muffin yang difrozen:
1. keluarkan dari freezer bag dan panaskan dalam oven pada suhu 170C sehingga sudah panas.

2. Keluarkan muffin dan biarkan ianya thaw sepenuhnya. Kemudian panaskan dalam microvave selama 20 saat dan tambah lagi sehingga mencapai kepanasan yang kita inginkan.

0 comments:

Post a Comment

 

Belajar Membuat Dessert Template by Ipietoon Cute Blog Design