Assalamualaikum. Seperti biasa setiap kali saya uddate blog saya, saya akan kongsi tiga resepi dessert yang menarik. Ini adalah resepi pertama iaitu KRIM PUFF. Memang terbaiklah resepi ini. Anda patut cuba dan hidangkan kepada keluarga tercinta.
Bahan-bahan
- 125 gm tepung gandum
- 100 gm butter
- 3 biji telur saiz L
- 2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh gula
- 1 sudu teh esen vanilla
- 250 ml air
Bahan cream custard
- 2 sudu besar tepung gandum
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar mentega
- 1 sudu teh esen vanilla
- 2 biji telur saiz L
- 2 cup susu segar (@240 ml)
- secubit pewarna kuning
Cara buat cream custard
- Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
- Masukkan 5 sudu besar susu, kacau dan jangan ada yang berketul.
- Masukkan telur dan kacau semula.
- Masukkan susu selebihnya dan kacau lagi.
- Masukkan bahan tadi ke dalam periuk, dan masak menggunakan api sederhana.
- Kacau selalu supaya ia tak berkerak dan hangus, masak hingga pekat berkilat.
- Padamkan api dan masukkan mentega, kacau hingga rata.
- Sejukkan filling sebelum digunakan.
Cara buat cream puff
- Panaskan air, gula dan butter dalam periuk hingga mendidih.
- Masukkan tepung dan kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.
- Masak adunan dengan api sederhana hingga nampak kepingan nipis terbentuk.
- Padamkan api dan sejukkan.
- Letakkan adunan tepung ke dalam bekas mixer.
- Pukul semua telur dalam bekas lain guna pemukul tangan dan masukkan ke dalam bekas mixer tadi sedikit demi sedikit.
- Masukkan esen vanilla dan kacau hingga sebati.
- Masukkan adunan ke dalam piping bag.
- Sebelum dibakar, panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 200 C.
- Letakkan aluminium foil dalam dulang pembakar dan sapukan sedikit butter.
- Letakkan adunan dalam piping bag di atas aluminium foil dan tekan sikit muncungnya supaya hasilnya cantik.
- Spray adunan tadi dengan air supaya membantu proses pengembangan yang baik.
- Bakar dalam oven dengan api atas bawah dan kedudukan dulang di tengah-tengah supaya masak sempurna.
- Jangan buka oven sebelum cukup masak, ia akan turun dan tak berongga didalamnya.
- Jika sudah masak, bagian bawah puff nampak tak melekat di dulang dan berwarna kuning kecoklatan sikit.
- Akhir sekali, gunting sikit bahagian tepi puff dan masukkan filling cream custard.
Itu sahaja resepi krim puff gebu dan lembut . Sudah banyak orang yang cuba resepi ini dan semua cakap sedap. Selamat mencuba.
0 comments:
Post a Comment